Habbatus Sauda disebut dalam hadis Sahih sebagai ubat
segala jenis penyakit kecuali mati. Ia adalah biji-biji kecil berwarna hitam,
kerana itu ia dinamakan habbatus sauda (biji hitam). Nama saintifiknya adalah
Nigella Sativa.
Ia tumbuh di pelbagai belahan dunia termasuk Saudi, Afrika
Utara dan sebahagian Asia. Namun ia banyak didapati di kawasan Mediterranian
dan di kawasan beriklim gurun.
Habbatus sauda merupakan bunga fennel dari keluarga Ranunculaceae.
Saiz biji-bijinya sekitar 1-2mm, berbentuk trigonal, memiliki rasa yang kuat
dan pedas.
Jenis bunganya ada dua, satu berwarna ungu kebiru-biruan dan satu lagi berwarna putih. Bunganya tumbuh pada cabang manakala daunnya saling
tumbuh bersebelahan secara berpasangan. Daun di bahagian bawah bentuknya kecil
dan pendek, manakala daun bahagian atas lebih panjang (6 - 10 cm). Batang bunga
tersebut boleh mencapai ketinggian 12 -18 inci.
Ia adalah tumbuhan biseksual iaitu berkembangbiak sendiri, membentuk sebuah kapsul buah yang
mengandungi biji. Apabila kapsul buah matang, ia akan terbuka dan biji yang ada
di dalamnya akan terkena udara dan berubah menjadi hitam.
Nama lain bagi Habbatus Sauda selain Nigella Sativa adalah
Al-Karawiyyah as-Sauda’, Al-Kamoun al-Aswad, Al-Syuniz, black cumin, kerosene,
coal oil, carazna.
Berdasarkan kajian sains akhir-akhir ini membuktikan ia mengandungi pelbagai zat yang sangat diperlukan tubuh.
Nigella Sativa pertama ditemui di daerah Tutankhamen, Mesir
dan memiliki peranan penting dalam amalan kehidupan Mesir Kuno. Ia liar di negara Mediteranian, lalu dikembangbiakkan di Mesir dan Syria.
Raja-raja pada masa itu sangat berhati-hati dalam menggunakan tanaman terbaik
sebagai ubat.
Dioscoredes, ahli fizik Yunani abad pertama melaporkan
bahawa Habbatussauda dipakai untuk mengubati sakit kepala, hidung tersumbat,
sakit gigi, dan penyakit dalaman. Ia juga digunakan ketika menstruasi dan
meningkatkan penghasilan susu ibu.
Tokoh Muslim, Al-Biruni (973-1048), yang menggabungkan
ubat-ubatan natural India dan Cina menyebut bahawa Habbatussauda adalah biji-biji yang digunakan sebagai bahan nutrisi pada abad ke 10 dan 11 Masihi.
Dalam sistem perubatan di Greco-Arab/Unani-Tibb, yang
berasal dari Hippocrates, Galen dan Ibnu Sina, Habbatussauda dilaporkan sebagai
penyembuh yang sangat bernilai dalam merawat fungsi pencernaan dan hepatitis
yang digambarkan sebagai stimulan untuk kondisi-kondisi berbeza, dan meredakan
demam.
Ibnu Sina (980-1037), dalam karya terbesarnya The Canon of
Medicine, yang dianggap sebagai buku terkenal di dunia kedoktoran baik di Timur
atau Barat, menyatakan Habbatussauda bermanfaat menstimulasi energi tubuh dan
membantu penyembuhan dari keletihan atau kurang semangat.
Pelbagai penelitian membuktijan Habbatussauda dapat meningkatkan
sistem imun tubuh jika dimakan selalu.
Di negara Timur Tengah dan Timur Jauh selama
berabad-abad menggunakan Habbatussauda untuk mengubati penyakit ringan termasuk
asma dan bronkitis, rematik dan luka radang, meningkatkan penghasilan susu ibu,
mengubati gangguan pencernaan, membantu menjaga sistem kekebalan tubuh,
meningkatkan kemampuan pencernaan dan pembuangan, dan melawan jangkitan parasit.
Minyaknya digunakan untuk mengubati penyakit kulit seperti ekzema, dan radang
serta mampu mengubati gejala pening/pitam.
Sungguh banyak manfaat kesihatan yang didapatkan dari Habbatussauda
sehingga tidak hairanlah ia disebut the seed of blessing / Habbatu barakah
(bijian yang berkat).
Kandungan Habbatus Sauda :
Monosaccharide glukosa, xylosa, polysaccharide, unsaturated
essential fatty acids, EFA. EFA tidak dihasilkan oleh badan, oleh itu sumber
utamanya ialah dari makanan. Juga mengandungi acid amino yang membentuk
protein, karotene iaitu sumber vitamin A, kalsium, zat besi, dsb.
Kini lebih mudah, kita boleh terus menikmati khasiat minyak
Habbatus sauda ini pada bila-bila masa, kerana biji-bijian Habbatussauda ini telah di-press untuk
mendapatkan minyaknya, diisi ke dalam kapsul dan boleh terus dimakan oleh
sesiapa sahaja.
Hubungi kami jika ingin mendapatkannya dengan mudah, cepat, dan harga
berpatutan :) Barakallahu fik.
KAPSUL MINYAK HABBATUS SAUDA
BOTOL BESAR (210 biji / 0.55ml) = RM55
BOTOL KECIL (120 biji/ 0.55ml) = RM33
KAPSUL MINYAK ZAITUN
BOTOL BESAR (210 biji / 0.55ml) = RM45
BOTOL KECIL (120 biji/ 0.55ml) = RM30
KOS KURIER 1-30 BOTOL = RM10
( SMS / WHATSAPP 014-822 0192 atau E-MAIL: tanjungkota13@gmail.com )