Monday 23 December 2013

APAKAH HABBATUS SAUDA ??


Habbatus Sauda disebut dalam hadis Sahih sebagai ubat segala jenis penyakit kecuali mati. Ia adalah biji-biji kecil berwarna hitam, kerana itu ia dinamakan habbatus sauda (biji hitam). Nama saintifiknya adalah Nigella Sativa.

Ia tumbuh di pelbagai belahan dunia termasuk Saudi, Afrika Utara dan sebahagian Asia. Namun ia banyak didapati di kawasan Mediterranian dan di kawasan beriklim gurun.

Habbatus sauda merupakan bunga fennel dari keluarga Ranunculaceae. Saiz biji-bijinya sekitar 1-2mm, berbentuk trigonal, memiliki rasa yang kuat dan pedas.

Jenis bunganya ada dua, satu berwarna ungu kebiru-biruan dan satu lagi berwarna putih. Bunganya tumbuh pada cabang manakala daunnya saling tumbuh bersebelahan secara berpasangan. Daun di bahagian bawah bentuknya kecil dan pendek, manakala daun bahagian atas lebih panjang (6 - 10 cm). Batang bunga tersebut boleh mencapai ketinggian 12 -18 inci.


Ia adalah tumbuhan biseksual iaitu berkembangbiak sendiri, membentuk sebuah kapsul buah yang mengandungi biji. Apabila kapsul buah matang, ia akan terbuka dan biji yang ada di dalamnya akan terkena udara dan berubah menjadi hitam.

Nama lain bagi Habbatus Sauda selain Nigella Sativa adalah Al-Karawiyyah as-Sauda’, Al-Kamoun al-Aswad, Al-Syuniz, black cumin, kerosene, coal oil, carazna.

Berdasarkan kajian sains akhir-akhir ini membuktikan ia mengandungi pelbagai zat yang sangat diperlukan tubuh.

Nigella Sativa pertama ditemui di daerah Tutankhamen, Mesir dan memiliki peranan penting dalam amalan kehidupan Mesir Kuno. Ia liar di negara Mediteranian, lalu dikembangbiakkan di Mesir dan Syria. Raja-raja pada masa itu sangat berhati-hati dalam menggunakan tanaman terbaik sebagai ubat.

Dioscoredes, ahli fizik Yunani abad pertama melaporkan bahawa Habbatussauda dipakai untuk mengubati sakit kepala, hidung tersumbat, sakit gigi, dan penyakit dalaman. Ia juga digunakan ketika menstruasi dan meningkatkan penghasilan susu ibu.

Tokoh Muslim, Al-Biruni (973-1048), yang menggabungkan ubat-ubatan natural India dan Cina menyebut bahawa Habbatussauda adalah biji-biji yang digunakan sebagai bahan nutrisi pada abad ke 10 dan 11 Masihi.

Dalam sistem perubatan di Greco-Arab/Unani-Tibb, yang berasal dari Hippocrates, Galen dan Ibnu Sina, Habbatussauda dilaporkan sebagai penyembuh yang sangat bernilai dalam merawat fungsi pencernaan dan hepatitis yang digambarkan sebagai stimulan untuk kondisi-kondisi berbeza, dan meredakan demam.

Ibnu Sina (980-1037), dalam karya terbesarnya The Canon of Medicine, yang dianggap sebagai buku terkenal di dunia kedoktoran baik di Timur atau Barat, menyatakan Habbatussauda bermanfaat menstimulasi energi tubuh dan membantu penyembuhan dari keletihan atau kurang semangat.

Pelbagai penelitian membuktijan Habbatussauda dapat meningkatkan sistem imun tubuh jika dimakan selalu.

Di negara Timur Tengah dan Timur Jauh selama berabad-abad menggunakan Habbatussauda untuk mengubati penyakit ringan termasuk asma dan bronkitis, rematik dan luka radang, meningkatkan penghasilan susu ibu, mengubati gangguan pencernaan, membantu menjaga sistem kekebalan tubuh, meningkatkan kemampuan pencernaan dan pembuangan, dan melawan jangkitan parasit. Minyaknya digunakan untuk mengubati penyakit kulit seperti ekzema, dan radang serta mampu mengubati gejala pening/pitam.

Sungguh banyak manfaat kesihatan yang didapatkan dari Habbatussauda sehingga tidak hairanlah ia disebut the seed of blessing / Habbatu barakah (bijian yang berkat).

Kandungan Habbatus Sauda :

Monosaccharide glukosa, xylosa, polysaccharide, unsaturated essential fatty acids, EFA. EFA tidak dihasilkan oleh badan, oleh itu sumber utamanya ialah dari makanan. Juga mengandungi acid amino yang membentuk protein, karotene iaitu sumber vitamin A, kalsium, zat besi, dsb.

Kini lebih mudah, kita boleh terus menikmati khasiat minyak Habbatus sauda ini pada bila-bila masa, kerana biji-bijian Habbatussauda ini telah di-press untuk mendapatkan minyaknya, diisi ke dalam kapsul dan boleh terus dimakan oleh sesiapa sahaja.


Hubungi kami jika ingin mendapatkannya dengan mudah, cepat, dan harga berpatutan :) Barakallahu fik.


KAPSUL MINYAK HABBATUS SAUDA
BOTOL BESAR (210 biji / 0.55ml) = RM55
BOTOL KECIL (120 biji/ 0.55ml) = RM33

KAPSUL MINYAK ZAITUN
BOTOL BESAR (210 biji / 0.55ml) = RM45
BOTOL KECIL (120 biji/ 0.55ml) = RM30

KOS KURIER 1-30 BOTOL = RM10

( SMS / WHATSAPP 014-822 0192 atau E-MAIL: tanjungkota13@gmail.com )